Assalamualaikum dan salam sejahtera semua semua.
Hari ini, kita buat aktiviti santai - santai sahaja tapi masih menggunakan matematik.
Jom kita cuba jawab soalan teka - teki matematik pula. Kredit soalan ini kepada tuan punya blog 1harinanti.
Apa tunggu lagi. Silalah jawab semua. Jawapan akan saya kongsikan di ruangan komen nanti.
SOALAN 1 :
Anda menyertai satu perlumbaan. Anda mengejar dan memotong pelumba di hadapan anda. Sekarang, anda berada di tempat ke berapa?
SOALAN 2 :
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, anda berada di tempat ke?
SOALAN 3 :
Soalan kira - kira bermuslihat. Perhatian! Soalan ini mesti menggunakan kaedah congakan sahaja. Jangan guna kertas atau mesin kira -kira.
Ambil 1000 dan tambah dengan 40. Sekarang tambah lagi 1000. Tambah lagi 30. Tambah lagi 1000. Tambah lagi 20. tambah lagi 1000. Tambah lagi 10. Berapa hasil tambah yang anda dapat?
SOALAN 4 :
Beberapa bulan mempunyai 30 hari. Juga ada yang mempunyai 30 hari. Soalannya adalah, berapa bulan yang mempunyai 28 hari?
SOALAN 5 :
Jika doktor memberikan anda 3 biji pil dengan syarat anda mesti menelan sebiji pil dengan jarak waktu setengah jam. Berapa lama masa yang diperlukan untuk anda menghabiskan semua pil itu?

Macam mana? Dapat jawab semua teka - teki di atas?
Fikir - fikirkan dahulu. Jumpa lagi.

Jawapan 1:
ReplyDeleteJika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Jawapan 2:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi. Jawapanya, anda tetap berada di kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu.Hahaa
Jawapan 3:
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebenar adalah 4100. Jika anda tak percaya gunakan mesin kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba
Jawapan 4:
Ada 12bulan yang memiliki 28 hari, karena semua bulan memiliki 28 hari.
Jawapan 5:
Satu jam. Jika anda menelan ubat tersebut pukul 01.00, pil yang lain pukul 01.30 dan yang terakhir tepat pukul 02.00, bermakna seluruh pil habis dalam jangka waktu satu jam.