Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua.
Alhamdulillah sudah 6 hari kita semua
menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diterima Yang Maha Esa. InsyaAllah.
Sebenarnya, sudah beberapa hari saya berusaha
menyiapkan entri kali ini. Rasanya payah benar untuk saya membuat ulasan bagi
Kelas Asas Blog & Fanpage yang telah saya ikuti ini. Macam-macam yang saya
fikirkan. Bagaimana nak tulis? Ayat apa yang sesuai?
Rasanya saya patut mulakan begini:
Saya Faten. Seorang yang masih belajar
mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik
‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google
jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.
Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri
yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau
selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan
bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.
Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat
bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak
sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya
belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar
benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.
Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar
Working At Home Mom (WHAM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini
kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya
silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu atau tidak.
Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini,
saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan
bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang
telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli
Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.
Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh
diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas
berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang
berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN
keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang
perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG
dan ingin mendapat tunjuk ajar dari ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di
Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.
Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini.
Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya
kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk
maju dan menyokong segala usaha saya.
Apa tunggu lagi? Jom sertai saya dan
rakan-rakan dalam Kelas Asas Blog & Fanpage. Insya Allah, semoga kita semua
berjaya dalam apa sahaja yang kita usahakan. Dunia dan akhirat. Aamiinn.
Jumpa lagi.

No comments:
Post a Comment